SEKIRANYA ANDA MENCUBA ANDA TIDAK AKAN MENYESAL,
DAN SEKIRANYA ANDA TIDAK MENCUBA ANDA AKAN MENYESAL
SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA.
Pada awal
April tahun 2016 merupakan pendaftaran masuk tingkatan 6 bagi pelajar-pelajar
yang ingin melanjutkan pelajaran ke STPM untuk calon tahun 2017.Sistem
peperiksaan kali ini cukup berbeza dengan sistem sebelumnya kerana peperiksaan STPM
kali ini menggunakan sistem Penggal
dimana akan ada 3 kali peperiksaan sepanjang 1 tahun setengah menjadi seorang
calon STPM.
Hendak dijadikan cerita,saya salah seorang calon STPM 2017 berdaftar
di Negeri Kelantan yang mengambil 5 Subjek iaitu Pengajian Am,Sejarah,Bahasa Melayu,Geografi dan
Sains Sukan,yang mana saya tidak dapat
menghabiskan pengajian saya di tingkatan 6 kerana mendapat tawaran lain dan
terpaksa meninggalkan sekolah.Tetapi,dalam cerita yang nak saya sampaikan
ini,saya pernah sempat mengambil peperiksaan Penggal 1 yang di berlangsung di
negeri Kelantan ,sebelum keluar daripada sekolah kerana mendapat offer ke
tempat lain.Sebelum mengambil peperiksaan sebenar STPM Penggal 1 pada tahun 2016 itu,nak dijadikan cerita,saya telah menghadiri 3 temuduga dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA) dalam diam tanpa menceritakan hal ini kepada kawan-kawan yang lain serta orang lain lah..hehe..time pergi IV tu,dah lah time sekolah..jawabnya tak datang lah ke sekolah,saya ni jenis pantang tak datang sekolah,mula lah orang tu dan ni Tanya,”Asal tak datang sekolah?.haha..saja tak mahu bagitau mereka yang masa tak datang 3 kali tu…pergi IV…lepas keluar nanti baru bagitaahu..Pada asalnya temuduga itu sekadar ingin menimba ilmu di platform temuduga dan meraih pengalaman yang cukup berharga,tetapi rezeki sudah tertulis,.. Alhamdulillah.,keputusan bagi ketiga tiga IV tersebut didapati bahawa ketiganya saya telah lulus dan mendapat tawaran dari kerajaan melalui SPA untuk dipanggil bekerja sama ada Bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia,bawah Jabatan Perdana Menteri dan bawah Kementerian Pengangkutan.Terpaksalah kena pilih yang mana satu yang terbaik dan minat ni.hehe
Berbalik kepada cerita peperiksaan
STPM pada penggal 1 tu,setelah mendapat tahu bahawa saya telah dipanggil untuk tawaran
daripada SPA ,tetapi saya masih tetap lagi mengambil peperiksaan STPM Sebenar
Penggal 1 dan menjawab exam tersebut dengan penuh bersemangat seperti pelajar
lain dan menggangap ianya bukan sekadar peperiksaan biasa,walaupom saya
tahu,saya telah mendapat offer daripada SPA.Alhamdulillah,kesemua 5 kertas yang
diambil oleh saya dapat dijawab dengan baik
walaupom dah tahu bahawa saya terpaksa meninggalkan sekolah.Pada awal
tahun 2017,dimana pada masa itu sekolah dibuka dan saya masih lagi sebagai
digelar pelajar Tingkatan 6 Atas,saya terpaksa memberitahu semua orang
bahawasanya saya terpaksa meninggalkan sekolah tu setelah mendapat tawaran dari
SPA.Pelbagai cabaran bermain difikiran saya kerana bukan semua orang menyokong kita dalam
sesuatu hal malah untuk pergi ke alam pekerjaan, dengan usia yang muda ini
sekali pom,ada saja sesetengah pihak yang tidak menyokong penuh..huhuh..Ada
sesetengah mengganggap amatlah rugi untuk menerima tawaran kerja degan
menggunakan sijil yang ada sekarang, berbanding yang ada STPM,DIPLOMA malah
DEGREE… kerana dengan sijil STPM,DIPLOMA,DEGREE ini ,gaji jauh lebih
besar.Tetapi sebagai orang yang berfikiran positif,bukan mudah,untuk orang lain
mempengaruhi hidup ini,saya berkeputusan untuk meneruskan hasrat menerima
tawaran SPA tersebut dan mengambil surat behenti sekolah.Bila difikirkan
pula,bukan mudah untuk mendapatkan kerja dengan kerajaan sekarang dengan
saingan yang cukup hebat,dah dapat ketiga-tiga tawaran,takkan lah pulak nak
tolak kesemua nya,ini dah dinamakan rezeki dan takdir yang sudah
tertulis.Mungkin saja,kalau saya tolak ketiga tawaran tu,peluang yang hadir
kelak tidak akan datang macam tu lagi.
Dengan berjumpa dengan guru bahagian
hal ehwal pelajar dan mengisi borang behenti sekolah,maka saya tidak lagi
digelar sebagai pelajar tingkatan 6 STPM 2017.Setelah selesai semua benda bagi
proses meninggalkan alam persekolahan khususnya STPM ,saya terus melapor diri
ke PUTRAJAYA mengikut surat yang diberikan oleh SPA.Setelah semua selesai dan
stabil dalam melapor diri dan penempatan,pada hujung bulan Januari 2017,saya
ada bertanyakan kepada seseorang individu tentang STPM yang saya tinggalkan
separuh jalan dan hanya sempat untuk mengambil penggal 1 sahaja sebelum ini ,”Adakah saya boleh
mengambil peperiksaan STPM lagi atau dalam erti lain meneruskan lagi STPM
sebelum ini”?soalan ini ditanya oleh
saya kepada individu tersebut.Tetapi jawapan yang diterima oleh saya tidak seperti
yang tidak dijangka,beliau membalas “Sekiranya saya ingin meneruskan peperiksaan,saya
mesti mengambil cuti untuk tempoh yang lama untuk kekal berada di sekolah untuk
bersama-sama pelajar lain bagi meneruskan pembelajaran dan Kerja Kursus bagi
meneruskan peperiksaan STPM ini.”
Bila difikirkan balik,mana mungkin
baru sahaja melaporkan diri di SPA dan ingin meneruskan pembelajaran dengan
memohon cuti dengan tempoh yang lama dapat diluluskan.Walaupom saya tidak dapat
meneruskan peperiksaan STPM yang ditinggalkan oleh saya sebelum ini, setelah
bertanyakan kepada individu berkenaan,saya mesti ingat!!! bahawa semangat untuk
belajar dalam diri saya perlu diteruskan kekal membara sampai bila-bila
sehingga ada peluang yang hadir didepan mata untuk saya rebut dan betul-betul
manfaatkan.
Pada
bulan 3 tahun 2017,tahun yang sama jugak,ianya merupakan hari pengumumam keputusan
peperiksaan STPM penggal 1 2017,punyer lah semangat nak cek result exam tu..kan
sebelom ini pernah ambil exam penggal 1 walaupom tak habis belajar…nak jugak
tahu berapa result diri sendiri walaupom
bukan calon STPM lgi…tak sempat cek….member lain lain cek semua dulu..mereka ada
nombor ic saya…huhu…punyer lah cek…mereka(kawan2) bagitau result exam tkde
dalam sistem…fuhh..frustt…”Maaf maklumat anda tiada dalam pengkalan sistem”,
ini
yang terpapar dalam laman semakan keputusan MPM..huhu...takde kot result exam
hari tu walaupom sebelom ni sempat ambil exam…sama lah jugak nasib sorang member
ni,yang juga dapat SPA (Pembantu Perubatan),panggilan mesra sebagai POPO…result
dia takde jugak dalam sistem…kita orang anggap cikgu dah hntr nama kami ke
MPM,…dan MPM dah padam rekod kami..huhu…sedih,,,nak
buat camna…redha…Setelah masa lama berlalu,pejam
celik,pejam celik,wahh,,sekejap je rasanya baru masuk ke alam pekerjaan,kini
dah masuk pertengahan Bulan SEPTEMBER 2017.Nak jadikan cerita balik,Pada masa
itu baru sahaja pulang dari Program di Negeri Sembilan.Rasa semangat itu makin
membara dan lain macam..hehe…habis program tu,masuk office macam biasa,duduk
ler kat office..sambil duduk tu,ternampak member buat status tengah study untuk
penggal 3 kat sekolah,kemain semangat diorang semua,termenung sat,terfikir
sejenak,.time tu mula lah terdetik dalam hati,ruginya kalau tak
ambil peperiksaan STPM tahun ni(2017),ruginya kalau tak habiskan exam
tu…ermm…macam2 terfikir dalam kepala...sambil-sambil fikir tu…tiba-tiba ada
terbaca QUOTE(ungkapan) dalam Google..Kalau anda telah mencuba, anda tidak akan pernah menyesal dan sekiranya anda tidak mencuba,anda akan menyesal….fuhh…ayat tu bukan main lagi POWER pada masa tu.Apa lagi,time tu ada masa-masa free cuba-cuba search dalam GOOGLe tentang cara lain untuk STPM.. cari punyer cari..wahhh….macam2 maklumat keluar dan akhirnya jumpa apa yang dicari dan bahawasanya,dalam penerangan tersebut, ada je calon STPM jenis 3 iaitu calon Persendirian Individu.Di mana,calon ni boleh mengambil peperiksaan STPM tanpa pergi ke sekolah dan belajar sendiri,dan kerja kursus pom boleh buat sendiri,ambil exam je…dan boleh ambil kesemua kertas peperiksaan sekaligus iaitu Ulangan penggal 1 dan Ulangan penggal 2 pada masa penggal 3 nanti …ermm..selama ni tak tahu pom,sebab tak ambil kisah..kan…selesai semua maklumat yang dicari setelah bertanyakan pada orang itu dan orang ini.
Pada
masa tu,dah masuk hujung bulan SEPTEMBER 2017,punyer ler semangat nak tahu lebih
lanjut dan mencuba nasib, call lah Majlis Peperiksaan Malaysia(MPM),call lah
MPM untuk bertanya tentang peperiksaan STPM…walaupom dah tahu bahawa penggal 2
STPM 2017 telah habis berlangsung baru-baru ini dan keputusan peperiksaan tu
pom dah keluar…,
bagi diri ini,bila difikirkan dengan positif,tiada yang
mustahil dalam hidup..…nak jadikan cerita ni,call ler MPM..call, punyer
call..ingatkan sekali call terus angkat dengan orang yang kita nak bercakap tu,…perghh..kemain
lagi..sambung ke panggilan ni lah…tulahh…huhu…sabar jelah..sampai lah panggilan
yang dinantikan…bercakap lah dengan orang yang incharge bahagian ni,punyer ler
panjang lebar cerita pada En.Ishak orang yang incharge bahagian STPM & MUET
di MPM,Selayang,Selangor.. cerita lah semua masalah….cerita pada dia untuk
mengambil balik peperiksaan STPM 2017 walaupom dah hujung2 tahun nak habis dah
STPM dan menggunakan semula result STPM penggal 1 2017 yang tiada dalam sistem
untuk disemak semula.Punyer ler panjang bercerita,dalam jangkaan,ingatkan dah
tak boleh sambung STPM untukcalon
2017,sebab dah hujung tahun kan,mana sempat nak buat itu ini,tapi…En.Ishak
cakap,boleh je nak teruskan,cuma kena ikut prosedur tertentu
je,Alhamdulillah..happy je rasa,lepas settle cerita…En.Ishak ada
juga bagitau result penggal 1 tu yang exam hari tu…huhuhu..boleh je cukup2
makan PNGK 3.???...hehe,,biarlah rahsia..lepas tu,..dia suruh buat surat ke
MPM..
Contoh surat permohonan ke MPM |
HAri
tu juga, punyer lah semangat tahap tahap gabang,laju je buat surat dan dalam
surat tu ada nyatakan nombor telefon…dan terus faks ke MPM…2,3 hari punyer lah
tunggu respon…,,dari MPM…tkde respon jugak…faks ler skali lagi untuk sedapkan
hati..hehe…dan akhirnya ada maklum balas dari MPM…diorang call,sembang punyer
sembang..pasal itu ini.…MPM suruh buat surat sekali lagi,dan nyatakan tempat
pusat exam yang nak ambil nanti dan tak lupa juga bayaran untuk mendaftar balik
STPM 2017.Punyer ler buat skali lagi surat..ermm…
atas nama ketua eksekutif MPM…fuhh..kena g pejabat pos plak jawab nya…..kena isi borang bagai kat snaa..punyer lah ramai orang…dalam fikiran duk cakap…biar btol aku nak ambil exam ni..huhu…punyer ler complicated..takpe..dah mula kan..knalah habiskan ..kann..lpas settle buat wang pos..kena pos wang tu dgn surat permohonan plak..punyer ler esok kna tnggu..sebab time tu dah pkul 1 lebih…diorang dah tak kutip surat time tu…
Keesokkan
hari,pergi lah pejabat pos…dah pos kan surat serta wang pos...dah settle…pada
hujung bulan September,dah masuk awal Oktober 2017…bersiap siap pulak ler kena
pergi program pada hujung minggu kt UPM dengan geng2 masuk air tingkatan
6,MPTPE..hahaha..(Okay yang ni tambah je)..mereka tak tahu jugak yang aku ambil
exam ni..berlakon macam takde ape-ape lah..hehe..pergilah sana cari ilmu dan
pengalaman lah katakan..hehhe..
tunggu dalam beberapa hari masa stay kat UPM …terima
lah panggilan lagi dari MPM..katanya wang pos dan surat, mereka dah terima…dan
En.Ishak tu bagitau,kena buat kerja kursus untuk subjek tertentu(Pengajian
Am,Bahasa Melayu dan Sejarah) dalam tempoh kurang dari sebulan…punyer
lah kena buat kerja kursus Pengajian Am,sejarah dan Bahasa Melayu…ingatkan
mudah je settle..hahah..expectation lebih…tapi En.Ishak bagi nombor telefon
penyelaras kerja kursus MPM yang incharge kerja kursus itu…kerja kursus BM ,PA,SEJARAH
tu orang lain2 yang jadi penyelaras,,,dah lah bagi nombor telefon
pejabat..bukannnya ada whatsapp..huhu..kenalah call sorang2 penyelaras Kerja
kurus untuk setiap subjek di MPM…terpaksa lah call sorang2..dah lah plak nak kena
citer sorang2 tentang hal ni…fuhhh penat…setiap penyelaras kerja kursus
ni,orang lain-lain,maksudnya,Kerja Kursus PA,Penyelarasnya dari MPM dan cikgu
kerja kursus PA dari sekolah,…hehe..punyer lah penangan nak settlekan yang ni…kena
pergi skolah plak..sekolah tempat nak
ambil exam tu…sebab nak dapatkan maklumat cikgu-cikgu kerja kursus dan kena
hantar maklumat tu kepada setiap penyelaras kerja kursus berlainan di MPM ..huhu..calon
sekolah kerajaan lain rilex je..sebab selama ni pom,cikgu yang buatkan,baru
tahu susah cikgu nak handle student-student kerja kursus ,tambah pula yang tak
siap ni,hehe..lagi menarik kan,punyer lah minta tolong dengan member yang
sebaya ni kat sekolah tu untuk
tolong…huhu…sama jugak…dia pom tak faham criter..punyer ler explain
balik..tapi…lambat plak tindakan mereka…student lah katakana..hehe…buat faham
jelah…jadi….terpaksa jugaklah sendiri kena turun padang ,,sampai2 kat sekolah
tu,…jumpa lah plak dengan penolong kanan tingkatan 6 sekolah tu… punyer ler
crita panjang giler…macam bagi ceramah plak..hahaha… dia dan cikgu lain ada
jugak masa tu..mereka ingatkan aku nak ambil exam untuk calon 2018 dan ingat
aku dah tua,umur 20 lebih mybe…mereka terkejut lah..aku bagitau yang aku
sebelom ni dah ambil exam penggal 1 untuk calon STPM 2017 dan tak habis belajar
dan nak daftar balik untuk jadi calon
STPM 2017 di sekolah ni dan dari calon sekolah kerajaan tukar ke calon
persendirian…perghh,,..masa dah kurang dari sebulan untuk buat kerja kursus…nasib
PK tingkatan 6(PKT6) sekolah ni sporting gilerr…siap berlawak lagi dengan
aku..haha…tak pecaya boleh jumpa sendiri...time tu mereka pening dengan cerita
aku..haha..special case kot.. dan call MPM..tanya punyer Tanya…memang betol aku
ni daftar balik untuk calon STPM 2017..mulalah time tu PKT6 tolong aku cari cikgu yang boleh bantu untuk
buat Kerja kursus untuk 3 subjek tu..Alhamdulillah..ada.. dan cikgu tersebut
mahu tolong…pada awal bulan Oktober 2017 tu,nak kata awal bulan,tak jugak
lah,dah lewat..hehe…terima lah surat dari MPM ,dinyatakan bahawa dalam surat tu
,segala permohonan yang dilakukan untuk mendaftar balik peperiksaan STPM 2017
dan menukar calon persendirian serta pusat peperiksaan diluluskan dan juga
boleh menyemak balik keputusan penggal 1 sebelom ini …semua diluluskan…DAN TAK
LUPA JUGA BOLEH menyemak dan print slip Laporan Pendaftaran Kemasukan Calon(LPKC)
di laman portal MPM untuk dibawa masuk masa peperiksaan nanti…setelah berhempas
pulas…Heheh..syukur
Pelajar lain semua dah hantar dah
kerja kursus masing2…tinggal aku je yang baru nak mula..hahah…giler apa…orang
lain buat kerja kursus nak dekat 5 bulan…aku baru nak buat kurang dari 3 minggu
…dah lah tak tahu apa nak study lagi dengan 2 penggal peperiksaan kena ambil
bersamaan dengan 12 kertas…tu pom tak termasuk dengan kerja program pergi situ
sini…lepas tu,Mulalah buat kerja kursus kurang dari masa yang diberikan dengan
cikgu2 ni…buat kerja kursus ni time hujung minggu dan time free ja… buat lah
kerja kursus..macam biasa..Yang kerja kurssus BM tak tahan,dah lah kena Buat 8
esei..hahah…8 esei untuk kerja kursus penggal 2 BM...dah lah lama tak
buat..main
tak krem tangan…takpe lah kan..nk berjaya kan..punyer lah buat…pergi jumpa
cikgu,,macam biasa..kita bukan insan yang perfect..ada salah silap lah..hehe,..silap
yang ni…buat yang ni…yang tu…biasalahkan…fuhh…last sekali kenalah present
perbentangan macam pelajar lain…yang Kerja kursus BM tu rare sikit…sepatutnya kena
present by Group…aku sorang je yang ada..kenalah present..dalam kelas plak
tu..sekolah yang aku nak ambil exam nnti…dah lah time present tu…totally semua
ramai dengan gadis2 je…tapi…apa yang peliknya…takde sorang pom lelaki…kena macho
ler sikit time tu..haha…gurau je..punyer lah present..masa diberi 20 minit..oleh
cikgu..punyer lah aku present dekat dengan sejam…heheh..biasalah.jangan bagi
aku bercakap je …apa lagi..Fuhh..Alhamdulillah, semua ketiga-tiga kerja kursus dah settle
dan dihantar ke Cikgu2 kerja kursus.. untuk dimasukkan markah dan dihantar ke
penyelaras MPM bahagian kerja kursus,redha ja berapa dapat markah tu…hehe…last minit kot…nasib semua cikgu sporting…Terima
Kasih yer CIKGU-CIKGU kerana membantu…hehehe..TAK target untuk pointer tinggi
pom…hanya target untuk lulus penuh dan Prinsipal untuk semua subjek..maksudnya
Gred C dan keatas..hehe
Punyer ler busy dengan buat kerja
kursus dan tambah pula dengan kerja lain,Kini tinggal lah hanya sisa-sisa hari
hari lagi untuk mengambil peperiksaan Penggal 3,dan ulangan penggal 2(kan tak ambil exam hari tu)time
tu..kena lah ambil semula..sepatah haram pom tak study apa lagi..tapi ada lah
jugak pengetahuan sikit2..hehe..hehe ..orang lain dah dikira repeat kalau ambil
ulangan penggal 2…dah ada result untuk bergantung…aku je takde..dan tak pernah
ambil..
PERGGHHHHH….punyer lah banyak kertas…12 kertas semua aku kena cover
untuk sepanjang 2 penggal ni dengan masa yang tak difikirkan logik akal, untuk
study semua paper.tapi boleh je..tu kalau guna logik akal.…ermmm…orang lain 5
,6 bulan satu penggal study…aku kurang dari 2 minggu(tolak kerja itu dan ini) nak
kena pulun semua subjek…untuk pengetahuan semua..sepanjang kurang daripada
sebulan tu,time ada masa hujung2 minggu…aku rushing balik ke Kelantan ..takdelah
setiap hujung minggu ,tapi balik sana semata mata nak study dengan member aku dua orang ni …si Aizat dan Epol…ada jugak kawan lain(tapi
tak sebut)…mereka banyak support aku dan bagi buku2 dan kertas2 untuk bantu
aku ambil peperiksaan..nak jadi kan
cerita ni…aku tak cerita langsung kat semua orang lain tentang aku ambil semula peperiksaan STPM
yang separuh jalan sebelum ni…mereka tak tahu yang aku ambil exam STPM 2017 ni
sama dengan mereka yang seumur dengan aku sekarang yang masih study di sekolah
tahun ini(2017)…malas nak crita kat mereka…buat diam2 je…kat cikgu sekolah lama
pom takde criter…sorry cikgu…hehe..nanti lepas keluar result..saya share..
Sepanjang
exam STPM berlangsung,Punyerlah time exam bangun awal pagi nak study…3,4 pagi
bangun semata-mata nak study untuk exam esok..atleast ada jugak peluru nak bawa
masuk esok..hehe…takkan tengok saja,..hehe …ada jugak minta tolong dari pelajar
sekolah kat sini untuk tunjuk ajar….sepanjang exam tu..time
exam kena lah jawab dengan baik dan
yakin….hari first exam tu, Dalam dewan exam, semua orang pandang aku lain
macam…mereka ingatkan aku ni pengawas dan lebih tua daripada mereka..hehe..dah
tua daa aku(Sedar Diri)..pada awalnya
mereka semua pelik….siapa dia ni? Bermain
dipikiran calon2 STPM sekolah tu dalam dewan…maklumlah…kita orang luar…tiba2
masuk exam..hehe…diorang ingat aku dah tua…rupanya..sebaya je..heheh,,,,dah lah
pengawas yang jaga aku sepanjang 2 penggal tu,cikgu-cikgu yang aku
kenal,hahaha…bak sembang jangan tanya..time exam pom sempat sembang
jugak..hahah..tak semua subjek yang mereka ambil tu sama dengan aku…aku 12
kertas…macam2 ler ada..ada beberapa subjek je sama…dah lah duduk dalam dewan tu
belakang sekali..sorang diri plak tu…
pernah ada beberapa kali…subjek yang aku
ambil,tak sama dengan mereka kat sekolah tu,terpaksa ambil sorang diri, punyer
ler time exam…dalam dewan yang besar tu…aku sorang je yang ambil exam….dan
paling giler…pengawas yang jaga aku untuk kertas time tu… 6 orang pengawas yang
jaga(Caring sangat mereka ni)…HAHAH..macam pesalah yang disoal siasat plak aku
dibuatnya time tu..hehe, macam lah aku boleh meniru…hehe..tapi bukan salah
mereka..mereka jalankan tugas je kan…RESPECT…hehehe…punyer ler dekat 2 minggu
exam…nama je 2 minggu exam..sehari satu kertas atau 2 kertas bukannya lama,nak
jadikan cerita..sepanjang exam ni..banyak plak kerja tu ni..banyak dugaan dan
cabaran lah dalam erti kata lain..cehh…FUHH..nafas lega boleh dikatakan setelah
mengharungi semua ini…Alhamdulillah..dapat habiskan exam dengan jayanya…Exam
STPM kot..orang cakap,antara exam paling susah di Asia Tenggara,tak tahu lah
fakta ke apa ni ..exam ni,aku buat macam Pengajian Jarak Jauh(PJJ) dah,PJJ pom
ada masa ruang yang panjang kan untuk study..hehe... I have done something
miracle…semoga dengan pengorbanan yang dilakukan ini,memberi keputusan yang
terbaik ,Semoga keputusan yang keluar nanti pada bulan Mac 2018…yang
terbaik…kepada diri ini dan untuk calon2 lain .Banyak pengajaran yang dapat
sepanjang benda ni berlaku yang boleh dijadikan iktibar.Mungkin saja calon lain
menggunakan jalan lurus tanpa sebarang halangan dalam perjuangan STPM,tetapi jalan yang digunakan oleh aku
cukup mencabar dan berliku ,naik turun gunung ganang,tetapi perjuangan aku dan
mereka tetap sama untuk mencapai satu matlamat.Apa-apa keputusan peperiksaan
yang keluar nanti,saya terima sahaja,itu dah takdir,tapi apa yang
pasti,perjuangan saya ini membuktikan bahawasanya saya mampu melakukan sesuatu
hal melebihi apa yang saya fikirkan diselangi dengan berfikiran positif dan
mampu menghadapi masalah yang jauh lebih besar pada hari yang mendatang.
Buat
yang membaca cerita ini,diucapkan terima kasih atas kesudian meluangkan masa
untuk membaca kisah ini,semoga ianya memberi motivasi dan inspirasi kepada diri
anda semua untuk terus maju.Tak ada yang mustahil dalam hidup kita kalau kita katakan
boleh pada diri kita sendiri.Semoga juga,ianya menjadi pembakar semangat kepada
anda kerana mungkin sahaja jalan cerita anda tidak seliku ini,tetapi,kalau saya
boleh melakukannya,kenapa mungkin tidak anda.Bukti terbaik sesuatu benda itu
dapat dilakukan ,ialah melihat orang lain dapat melakukannya.Buat adik-adik
yang tak dapat mana-mana tawaran selepas SPM dan memilih STPM sebagai halatuju
dan laluan,saya doakan buat yang terbaik dan jangan pernah anggap ianya susah
dan jangan main2 ketika berada di STPM.Anggap lah cerita ini sebagai pembakar
semangat untuk adik2..bila difikirkan balik,kenapa perlu saya untuk membazir
masa dan waktu untuk semua ini kalau tidak kerana adanya kebaikan tertentu,semestinya
ada je kebaikan disebaliknya,Cuma adik2 je yang tak nampak. hehehe..rebutlah
peluang yang hadir di depan mata kita dan selalu lah Berfikiran Positif,sehebat
mana pom kaedah dan cara kita guna atas dunia ni,kalau tidak berfikiran
POSITIF,ianya tidak akan memberi impak yang Hebat.TERIMA KASIH.sekian (5P)ALHAMDULILLAH
updated Ogos :
Setelah keputusan STPM keluar tempoh hari, ada isi untuk sambung belajar RPJJ di Universiti Sains Malaysia. Nak jadikan cerita, Alhamdulillah pada 11 jun tempoh hari dapat berita gembira untuk melanjutkan pengajian di Universiti berstatus Apex USM. Akhirnya, selepas itu melapor diri di USM bersama mahasiswa lain di minggu Siswa Lestari. Terima Kasih USM kerana menerima permohonan, cukup sukar cabaran dan rintangan untuk menjadi sebahagian keluarga besar Universiti Sains Malaysia. #rpjj #usmstyle
updated Ogos :
Setelah keputusan STPM keluar tempoh hari, ada isi untuk sambung belajar RPJJ di Universiti Sains Malaysia. Nak jadikan cerita, Alhamdulillah pada 11 jun tempoh hari dapat berita gembira untuk melanjutkan pengajian di Universiti berstatus Apex USM. Akhirnya, selepas itu melapor diri di USM bersama mahasiswa lain di minggu Siswa Lestari. Terima Kasih USM kerana menerima permohonan, cukup sukar cabaran dan rintangan untuk menjadi sebahagian keluarga besar Universiti Sains Malaysia. #rpjj #usmstyle
RPJJ Pengajian di Universiti
013-6063018 amizanelham@gmail.com
Tahniah anak muda atas usaha keras anda
BalasPadamTerima Kasih Y.Bhg Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan.
Padam👍👍👍👍
BalasPadamTq So much Cikgu Liaaa
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSteadyy
PadamTahniah Mizan... Memang sunggoh kuat n byk pengorbanan yg diperlukn utk menyelesaiknnya... Harap jgn down sbb bljr full time n PJJ xsma.. Sgt motivated person... 👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻
BalasPadamTQ idola UUM atas kesudian meluangkan masa membaca coretan ini, TQ juga atas pesanan tu, kita(manusia) mana kan sama jalan cerita kehidupan, yang berjuang dan bertahan selalu berjaya.. :-)
PadamTerima kasih kerana sudi membaca cerita ni, jika cerita memberi kepada kamu, kongsi dan cerita kepada orang lain untuk memberi inspirasi kepada mereka. Itulah kuasa KUASA MOTIVASI. tq tq
BalasPadamU did it! 👍👍. Lot of good messages. May this inspire ppl. Keep the hard work
BalasPadamtq so much for spend ur time read this, Yeah, lets help everyone to make sure they inspire
PadamBoleh sy tanya,sy calon persendirian jugak tahun ni.Klau kerja kursus pengajian am tu perlu bentang ke?or just submit the work sbb yelah kita kan special kes.
BalasPadamWahh, tahniah sebagai calon perendirian jugak. Kerja kurus perlu ada pembentangan juga sama seperti calon sekolah kerajaan. calon persendirian kebiasaan akan buat kerja kursus melali guru yang dilantik oleh MPM di sekolah yang kita ambil peperiksaan. Sesetengah subjek tidak memerlukan kerja kursus tetapi digantikan dengan kertas 5. Kalau tuan/puan ada pertanyaan boleh mesej terus ke nombor di atas. TQ
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamAssalamualaikum, saya juga berniat mahu menjadi sbg calon persendirian STPM pd tahun ini bg memperbaiki keputusan saya pd tahun lepas... adakah saya masih berpeluang utk menghubungi MPM ? dan adakah setiap kerja kursus yg telah saya laksanakan pd tahun lepas harus saya ulangi lagi pd tahun ini ? setahu saya akan digantikan dgn kertas 5 bukan ..?
BalasPadamWaalaikummussalam, Alhamdulillah, tuan/puan berniat untuk perbaiki keputusan STPM, InsyaAllah akan ada keputusan yg lebih baik. Sekiranya saudara/i ingin mendaftar untuk calon persendirian, boleh dapatkan informasi dengan menghubungi Majlis Peperiksaan Malaysia(MPM). MPM sudah SEDIAKAN jadual pendaftaran bagi semua jenis CALON pelajar untuk di daftar mengikut tarikh mereka buka. Ia, kerja kursus perlu dilaksanakan semula oleh pelajar walaupom mereka sudah melaksanakan sebelom ini kerana pelajar telah didaftar semula sebagai pelajar baru. Sekiranya pelajar jenis sekolah kerajaan sedang belajar disekolah dan ingin bertukar status kepada pelajar jenis persendirian, ianya dibenarkan untuk meneruskan kerja kursus atau erti mudah boleh bawa kerja kursus yg telah dilaksanakan. Untuk calon persendirian, ada sesetengah kerja kursus digantikan dengan kertas 5, saudara/i boleh rujuk garis panduan yang dikeluarkan oleh MPM untuk lebih lanjut.
PadamSemoga abg sudi meluangkan masa utk menjawab soalan sy ��
BalasPadamsebab kalau ada rezeki sy pun nak jadi calon persendirian juga
1.Kita belajar completely dekat rmh ke atau perlu ke sekolah juga?
2. Apakah syarat dan kelayakan utk mendafatar sbg calon persendirian?
3. Perlukan hubungi MPM atau En.Ishak atau setiap guru penyelaras kerja khusus? utk mendaftar sebagai calon persendirian( seperti mana yg abg tulis kat atas tu)
4.Apa kelainannya kita sebagai calon persendirian berbanding calon sekolah?
4.Cara nak dapat bantuan kalau ada subjek atau topik yg kita x fhm?
5.CGPA abg berapa ? mesti hebat kan? tlg share sikit
6.Cabaran dan halangan sebagai calon persendirian? dan cara melaluinye
Terima Kasih kerana sudi membaca cerita dan jangan lupa untuk berkongsi cerita ini kepada orang lain supaya mereka yang lain akan terinspirasi dan bermotivasi.
PadamJawapan :
1.Sebagai seorang pelajar Persendirian, sudah tentunya akan belajar sendiri dan tidak perlu hadir ke sekolah, anda boleh belajar dimana anda suka. Mungkin anda juga akan ke sekolah untuk berjumpa dengan guru yang dilantik oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) bagi urusan Kerja Kursus.
2. Setahu saya, Syarat dan kelayakan calon Persendirian(Jenis 3) STPM adalah sama dengan syarat dan kelayakan sebagai calon sekolah kerajaan(Jenis 1), ianya mestilah melepasi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh MPM. Boleh rujuk link dibawah : 6.2 Calon Persendirian
http://www.mpm.edu.my/download_STPM/Arahan%20dan%20Panduan%20Pendaftaran%20CalonSTPM2016_Jun2015.pdf
3.Untuk memudahkan urusan anda dan menjawab segala persoalan yang bermain difikiran anda, anda boleh menghubungi MPM di talian Tel: 03-61261600 , anda akan disambungkan ke bahagian yang Muet&STPM. Untuk mengadakan kerja kursus nanti, mungkin pegawai MPM akan bimbing anda dan mereka akan minta maklumat yang anda perlu dapatkan. Contoh : Kod Sekolah anda ingin menduduki peperiksaan dan lain-lain. Mungkin maklumat yang diminta sedikit berbeza dengan saya, kerana keseluruhan urusan yang saya buat kurang daripada sebulan. Tetapi anda tidak perlu risau kerana anda akan ada masa yang cukup untuk menyelesaikan urusan pendaftaran dan akan diberitahu bagaimana untuk melakukan kerja kursus. Anda juga boleh melayari portal MPM untuk melihat bagaimana kerja kursus bagi calon persendirian STPM dijalankan.
4. Kelainan yang anda akan perolehi sebagai calon persendirian ialah anda bebas untuk belajar sendiri mengikut masa anda suka dan tidak kisah dimana anda berada. Apa pom, ianya memerlukan disiplin untuk belajar sendiri kerana belajar di sekolah adalah tidak sama. Walaubagaimana pom, anda perlu menghantar kerja kursus mengikut masa yang telah ditetapkan oleh MPM dan menghantarnya melalui Guru penyelaras kerja kursus yang dilantik oleh MPM. Tempoh pembelajaran adalah sama iaitu bersama satu tahun setengah bersamaan 3 penggal. Bagi kisah saya, cabarannya adalah satu hanya mempunyai satu bulan untuk menyelesaikan semua perkara termasuk pemdaftaran, blajar dan cabaran utama pula adalah saya bekerja sepenuh masa. Bahan pembelajaran adalah sama dengan pelajar calon sepenuh masa sekolah kerajaan.
Padam5. Terdapat banyak cara anda boleh lakukan untuk dapatkan bantuan sekiranya anda tidak faham sesuatau topik. Anda boleh membuat rujukan di mana-mana buku yang anda beli atau pinjam mengenai subjek anda daftar. Anda juga berjumpa guru subjek STPM berkaitan dengan subjek anda dan dapatkan nasihat dan bahan-bahan yang anda perlukan melalui mereka. Anda juga boleh berjumpa @ belajar berkumpulan bersama pelajar sepenuh masa dan minta mereka untuk tunjuk ajar dan tidak perlu malu sekiranya mereka itu lebih muda daripada anda. Anda juga boleh membuat rujukan dimana-mana anda rasa anda boleh dapatkan bahan-bahan bacaan.
6. Alhamdulillah, Cumulative Grade Point Average(CGPA) atau Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) yang saya perolehi tidak lah hebat mana, tetapi ianya boleh digunakan untuk sambung belajar di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan layak untuk memohon Jawatan yang berkaitan dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Saya hanya meletak target supaya 5 subjek yang saya ambil hanya lulus penuh iaitu gred C dan keatas kerana saya ada satu bulan sahaja untuk fokus 12 kertas. Saya yakin, anda mampu melakukannya dan mendapat keputusan yang baik dengan masa yang secukupnya yang diperoleh.
7. Seperti yang saya ceritakan diatas, cabaran sebagai seorang calon persendirian adalah perlu belajar sendiri dan sekiranya tidak ada disiplin, mungkin akan menjejaskan pointer. Cabarannya tidak lain dan tidak bukan adalah pelajar perlu mencari sendiri bahan bacaan dan perlu membuat kerja kursus sendiri. Anda juga perlu mendaftar sebagai pelajar persendirian dan sudah tentunya memerlukan duit untuk membayar yuran. Anda perlu bijak untuk merancang dan membuat jadual belajar sendiri.
Bagi saya, cabaran utama seperti anda baca diatas, saya mempunyai masa sebulan untuk cover 12 kertas dan dalam masa yang saya terpaksa buat kerja kursus seorang diri dan perlu mencari bahan bacaan dan perlu belajar seorang diri, malah saya pula bekerja. Ianya mengambil masa sebulan untuk menyelesaikan semua perkara termasuk pendaftaran. Untuk anda yang ingin mendaftar sebagai calon persendirian, anda tidak perlu risau dan tidak perlu melalui semua ini sama seperti saya. Anda akan ada masa yang cukup dan masa merancang yang panjang untuk melalui semua ini. Apa yang penting adalah semangat anda untuk mengambil peperiksaan ini. Anda perlu motivasi yang cukup dan siapa anda adalah hasil daripada apa yang anda fikirkan.
Saya berharap segala soalan anda telah pom terjawab dan sekiranya terdapat lagi apa-apa soalan anda boleh tinggal komen diruangan. Apa yang saya jawab ini hanyalah berdasarkan pengalaman yang saya lalui sebelom ini. Jangan lupa untuk berkongsi cerita ini kepada orang lain supaya mereka juga akan terinspirasi. Semoga urusan anda dipermudahkan dan memperolehi kejayaan pada masa akan datang. sekian. Terima kasih.
Assalamualaikum saudara, kalau ada kesempatan sudikah saudara menjawab persoalan saya?
BalasPadam1.saya juga berumur 20 tahun dan ingin mengambil peperiksaan stpm semula. Saya juga pernah memasuk stpm 2018 tetapi hanya separuh jalan. Boleh saya tahu dengan lebih lanjut cara dan proses yg perlu dilakukan untuk mengambil peperiksaan stpm semula?
2. Pada umur 20 tahun boleh ke saya belajar di sekolah atau memang perlu menjadi calon persendirian?
Sekian terima kasih.
Waalaikummussalam,
Padam1. Tuan/Puan boleh mendaftar semula untuk menjadi Pelajar STPM, tuan/puan boleh menghubungi pihak Majlis Peperiksaan Malaysia(MPM) untuk lebih lanjut mengenai cara pendaftaran melalui atas talian atau tuan/puan boleh melayari portal MPM terlebih dahulu di bahagian STPM. Boleh baca soalan Lazim (FAQ) mengenai STPM.
2. Tuan/Puan ada mengatakan bahawa pernah menjadi Pelajar Sijil Tinggi Pelajar Malaysia(STPM) pada tahun 2018. Ini bermakna tuan/puan ialah calon STPM bagi tahun 2019. Namun, tuan/puan tidak sempat untuk menghabiskan pengajian pada masa itu. Setahu saya, sekiranya tuan/puan ingin mendaftar semula sebagai calon STPM 2019, saya rasa tidak boleh kerana ianya sudah tahun 2020. Jika, tuan/puan mendaftar tahun ini, tuan/puan akan menjadi calon STPM 2021. Soalan tuan/puan mengenai samada boleh mendaftar sebagai calon persendirian ataupom calon, setahu saya, untuk menjadi calon sekolah, ianya adalah sekali seumur hidup, ini bermakna tuan/puan tidak boleh menjadi calon sekolah kerajaan kerana pihak MPM ada menyatakan bahawa untuk menjadi calon sekolah ada sekali sahaja(Boleh rujuk di portal MPM). Walaubagaimanapom, tuan/puan boleh mendaftar sebagai calon persendirian dan akan di kenakan bayaran yuran pengajian( boleh rujuk portal MPM untuk rujukan dan pendaftaran).
Terima Kasih
Saya ada emel pertanyaan tadi. Boleh tolong tengok?
BalasPadamBaik Encik/Cik, boleh semak semula email Encik/Cik untuk jawapan. Semoga ianya menjawab segala persoalan. Sebarang persoalan lain, boleh menghubungi saya di medium whatsapp tertera di bawah.
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamFor faster responce can email me. TQ
Padamassalamualaikum, saya adalah calon persendirian bagi tahun 2021 nanti, tapi belum mendaftar sbb dia kata pendaftaran akan dibuka jan 2021 nanti..boleh saya tahu penggal 1 ada kerja khursus yang hendak dilaksanakan ke? ke start penggal 2.. btw penggal 1 susah ke?? sorry sbb banyak tak tahu T-T
BalasPadamWaalaikummussalam, maaf atas kelewatan untuk membalas soalan daripada tuan/puan. Tahniah daripada saya atas pendafatran tuan/puan sebagai calon persendirian bagi tahun 2021. Diharapkan tuan/puan telah pom berjaya mendaftar sebagai pelajar persendirian STPM.
PadamUntuk makluman tuan/puan, kalau seingat saya, setiap penggal rasanya mempunyai kerja kursusnya tersendiri, tetapi ianya bergantung juga pada subjek yang diambil. Tetapi, tuan/puan jangan risau, semua persoalan boleh dijawab melalui MPM, boleh juga dapatkan jawapan dengan lebih terperinci melalui portal Majlis Peperiksaan Malaysia(MPM) untuk mendapatkan update terkini mengenai Q&A STPM.
Bagi penggal 1 atau penggal 2 dan 3, kesusahannya bergantung kepada sejauh mana tuan/puan mempelajari subjek tersebut. Sudah tentu ianya amat susah sekiranya tidak belajar dan membuat ulangkaji. Saya amat yakin sekiranya tuan/puan fokus dalam pembelajaran ianya akan memberikan keputusan yang bagus dalam peperiksaan walaupun terpaksa belajar sendiri.
Harap segala persoalan tuan/puan dijawab. Sekiranya tuan/puan mempunyai persoalan boleh ajukan melalui email ataupun whatsapp untuk respon yang lebih pantas. TQ
Untuk sebarang rujukan dan panduan terkini tahun 2021, tuan/puan boleh dapatkan garis panduan mengenai calon persendirian pada halaman 10. Boleh tekan di sini https://www.mpm.edu.my/stpm/arahan-dan-panduan-calon-stpm-baharu?highlight=WyJzdHBtIl0=
BalasPadamHow to make money with the Tipsters: 10 Easy Steps - Work
BalasPadam1.Find the most reliable tipster · 2.Make a minimum of £5 หาเงินออนไลน์ minimum deposit of kadangpintar £5. · 카지노사이트 3.Pick a winner of qualifying bets · 4.Follow a team of genuine